Isnin, 5 November 2012

Rumah Limas Johor

Penghijrahan penduduk Kepulauan Melayu ke negeri Johor membawa bersama mereka tradisi, adat istiadat, kebudayaan dan cara hidup tempat asal mereka. Penghijrahan mereka banyak mempengaruhi corak kebudayaan dan kesenian masyarakat Johor. Salah satu tradisi yang dibawa dan mempengaruhi budaya masyarakat Johor ialah bentuk rumah.

Bentuk rumah Melayu tradisi yang banyak ditemui di negeri Johor adalah campuran warisan bentuk rumah tradisi Jawa, Bugis, Banjar, Palembang dan keturunan lain daripada rumpun bangsa Melayu di Kepulauan Melayu. Bentuk yang terkenal ialah rumah bumbung limas yang berkembang secara pesat bermula pada abad ke19.

Rumah limas terdiri daripada pelbagai jenis. Pada umumnya kebanyakkan reka bentuk rumah limas di negeri Johor menyerupai rumah tradisional orang-orang Palembang. Bentuk awal rumah limas ini dikenali sebagai limas perabung lima, iaitu bumbungnya memakai lima buah perabung, terdiri satu perabung terus mendatar bersambung dengan empat perabung menurun ke cucur atap. Binaan bumbung berbentuk piramid ini dipanggil limas.

Belum dapat dikesan mengapa rumah seperti ini dipanggil limas. Ada setengah pendapat mengatakan limas berasal dari perkataan 'lima', iaitu lima perabung dan lima ruang rumah, tetapi menjadi limas kerana sedap sebutannya. Mengikut kamus dewan pula limas bererti satu bentuk timba diperbuat dari daun pisang atau upih yang bentuknya serupa dengan bentuk rumah bumbung limas. Kerana itu rumah limas mendapat namanya.

Ada pendapat mengatakan bahawa limas berasaskan kepada lima emas berdasarkan lima penjuru bumbung rumah tersebut, yang membawa pengertian lima kemuliaan (keagungan, kedamaian, kesopanan, keamanan dan kesejahteraan). Rumah limas Johor padadasarnya mempunyai lima ruang iaitu anjung, serambi, ruang tengah, dapur rumah dan pelantar. Sesetengah rumah limas ada ruang sebelum anjung sebagai ruang tangga.

a) Anjung terletak dibahagian hadapan rumah,lantainya dibina lebih rendah daripada lantai rumah besar. Anjung berfungsi sebagai tempat tuan rumah menyambut tetamu. Ruang ini juga merupakan tempat keluarga bersantai.

b) Serambi merupakan bahagian hadapan tempat melayan tetamu atau majlis-majlis utama yang dijalankan dirumah tersebut. Tetamu lelaki dilayan diruang serambi ini.

c) Ruang tengah adalah ruang keluarga berbincang, tempat makan, tempat tidur, tempat sembahyang dan sebagainya. Biasanya disinilah tuan rumah melayan tetamu wanita.

d) Dapur rumah merupakan tempat memasak dan menyimpan segala bahan dan peralatan memasak. Diruang ini terdapat sebuah ruang memasak dengan menggunkan dapur kayu api.

e) Pelantar terletak dibahagian belakang rumah bersambung dengan dapur. Biasanya pelantar beratap tetapi tidak berdinding atau berdinding sekerat. Bahagian ini merupakan tempat untuk membuat kerja cuci mencuci. Dibahagian ini terdapat beberapa biji tempayan bagi menyimpan air untuk tujuan cuci mencuci itu.

Kebanyakkan rumah limas secara tradisinya bertiang tinggi. Pada asalnya bawah rumah itu dibiarkan lapang, tetapi perkembangan selanjutnya memperlihatkan wujudnya pagaryang diperbuat daripada bilah-bilah kayu nipis dari tiang ke tiang bagi melindungi bawah rumah itu. Dibawah rumah inilah antara lain tempat menyimpan alatan kerja luar seperti tanjak, cangkul dan sebagainya. Pada musim hujan, bawah rumah berfungsi sebagai tempat menyidai pakaian basah.

Dinding rumah limas berpintu dan berjendela yang setiap satu mempunyai duadaun pintu atau daun jendela. Bentuk jendela tidak banyak bezanya dengan pintu. Yang membezakan cuma dua perkara. Pertama, daun pintu dibuka kedalam dan daun jendela dibuka ke luar. Kedua, separuh bahagian bawah lubang jendela dipasang kekisi kayu empat segi atau kayu berkumai atau papan berlubang dan berukir untuk memudahkan angin keluar masuk sekaligus sebagai sistem keselamatan. Pintu atau jendela ditutup dengan cara menyelak dari dalam.



Pada peringkat awal, tiang-tiang rumah limas dicacak terus kira-kira setengah meter kedalam tanah, tetapi kini timbul keperluan untuk melapik atau menggalas tiang daripada kayu atau bahan konkrit yang dipanggil ompak dengan tujuan untuk keselamatan dan kekukuhan rumah itu.


Selaras dengan perkembangan masa, bentuk rumah limas kini telah mengalami perubahan dan tidak lagi terikat dengan senibina rumah Melayu sepenuhnya. Ada diantara bentul rumah limas telah diubahsuai supaya ia dapat berfungsi mengikut keperluan semasa, misalnya dengan membina tiang yang lebih tinggi, sesetengah dibuat menggunkan batu konkrit bagi membolehkan bawah rumah berfungsi sebagai garaj kereta, bilik tidur dan sebagainya. Ada juga rumah limas yang dibina dengan membuang kaki tiang. Kebanyakkan rumah bumbung limas terkini menambah ruang-ruang tertentu seperti bilik tidur dan bilik air yang padaasalnya tidak termasuk sebagai ruang dalam struktur seni bina rumah Melayu.

6 ulasan:

  1. Boleh sy tahu sumber asal maklumat di atas adalah dr mana utk sy merujuk dengan lebih mendalam. Terima kasih atas penulisan yg baik ini. Moga dpt respon dengan segara di email sy: nabil.abdullah.87@gmail.com atau intagram: mr.nabil.abdullah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Assalamualaikum. jika ada maklumat yang lebih mendalam lagi tentang pembinaan rumah limas. bolehlah bantu emailkan ke email saya untuk tujuan pembelajaran. syahirulerul266@gmail.com. Bantuan tuan/puan amat saya hargai. Sekian terima kasih.

      Padam
  2. Boleh sy tahu sumber asal maklumat di atas adalah dr mana utk sy merujuk dengan lebih mendalam. Terima kasih atas penulisan yg baik ini. Moga dpt respon dengan segara di email sy: asyraf23abuzar@gmail.com

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum. jika ada maklumat yang lebih mendalam lagi tentang pembinaan rumah limas. bolehlah bantu emailkan ke email saya untuk tujuan pembelajaran. asyraf23abuzar@gmail.com. Bantuan tuan/puan amat saya hargai. Sekian terima kasih.

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum boleh sye dptkn sumber asl mengenai rumah limas ni...bolela tolong email sye yer ghatijahrizal@gmail.com

    BalasPadam