Ahad, 20 November 2011

Meet and Greet


Untuk menjadi seorang pemandu pelancong, anda mesti tahu bagaimana untuk menyapa dan menegur pelancong anda. Anda perlu mempelajari dari sekarang bagaimana untuk melayan dan mendapatkan perhatian serta penghormatan dari mereka. Anda adalah barisan hadapan bagi Negara,maka anda sepatut memberikan taggapan yang baik bagi mereka. Sekali anda melakukan kesilapan dan mengecewakan mereka, maka anda akan menghadapi kesulitan sepanjang perjalanan anda. Jadi ingat tanggapan pertama akan berkekalan! Dibawahterdapat beberapa langkah-langkah yang perlu diikuti;

Menyambut pelancong adalah satu tugas yang penting, yang mana semua kedatangan pelancong ke Malaysia perlu disambut dengan salam yang mesra dan penghormatan yang sewajarnya. Sebelum pelancong tiba ke KLIA, sebagai seorang pemandu pelancong anda mesti memiliki, mempelajari dan memaklumi semua informasi yang berkaitan dengan pelancong yang bakal tiba seperti saiz kumpulan, itenari perjalanan, senarai nama ahli kumpulan, nama hotel penginapan, siapa ketua kumpulan dan lain-lain.

Anda perlu menyediakan sebuah kad paparan dengan infomasi yang memiliki kata kunci tentang kumpulan yang akan digunakan di KLIA pada waktu “jumpa dan salam”atau, sebuah banner yang dibuat sebagai tanda ketibaan istimewa. Anda perlu tiba sekurang-kurangnya 45 minit lebih awal dari waktu ketibaan kumpulan pelancong. Jangan tiba lewat ke KLIA kerana kadang kala kumpulan itu mungkin tiba lebih awal sebelum dari masa yang dijadualkan. Dalam ketibaan pendaratan, anda perlu menanti di balai ketibaan antarabangsa untuk menyambut ketibaan kumpulan pelancong dan jangan malu untuk mengangkat kad paparan maklumat kumpulan anda.

Dengan segera, bila pelancong keluar dari balai ketibaan, sebagai pemandu pelancong, anda perlu cuba untuk mengenali dan melakukan langkah pertama dari hanya menanti untuk ketua kumpulan mencari anda. Mulakan dengan menegur dengan cara ramah dan mesra, senyuman yang menghangatkan dan ucapan salam ketibaan  sangat penting dalam tugas memudahkan tugas professional anda sebagai pemandu pelancong.

Pada waktu mengucapkan selamat datang, anda perlu memastikan dengan ketua kumpulan, jumlah peserta dan pastikan pelancong semuanya berkumpul sebelum memasuki bas. Pastikan semua barangan milik pelancong berada didalam ruang menyimpan barangan kumpulan, lakukan pengiraan jumlah setiap kepala sebelum bas mula bergerak.

Didalam bas, sebagai pemandu pelancong anda perlu memperkenalkan diri anda dan juga menyapa pelancong anda dengan ucapan “Selamat Datang Ke Malaysia”seolah-olah anda belum menyambut dan menyapa mereka sebelum ini. Nyatakan pengenalan tentang keindahan Negara anda, nyatakan perkara yang perlu dilakukan dan tidak boleh dilakukan sepanjang perjalanan, berikan infomasi penting yang menyeluruh dan terangkan dengan jelas tentang intenari perjalanan kepada pelancong.

Seorang pemandu pelancong perlu tertib, sopan, mesra, rajin dan ikhlas untuk mengekalkan imej tugas dan Negara Malaysia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan