Ahad, 20 November 2011

Meet and Greet


Untuk menjadi seorang pemandu pelancong, anda mesti tahu bagaimana untuk menyapa dan menegur pelancong anda. Anda perlu mempelajari dari sekarang bagaimana untuk melayan dan mendapatkan perhatian serta penghormatan dari mereka. Anda adalah barisan hadapan bagi Negara,maka anda sepatut memberikan taggapan yang baik bagi mereka. Sekali anda melakukan kesilapan dan mengecewakan mereka, maka anda akan menghadapi kesulitan sepanjang perjalanan anda. Jadi ingat tanggapan pertama akan berkekalan! Dibawahterdapat beberapa langkah-langkah yang perlu diikuti;

Menyambut pelancong adalah satu tugas yang penting, yang mana semua kedatangan pelancong ke Malaysia perlu disambut dengan salam yang mesra dan penghormatan yang sewajarnya. Sebelum pelancong tiba ke KLIA, sebagai seorang pemandu pelancong anda mesti memiliki, mempelajari dan memaklumi semua informasi yang berkaitan dengan pelancong yang bakal tiba seperti saiz kumpulan, itenari perjalanan, senarai nama ahli kumpulan, nama hotel penginapan, siapa ketua kumpulan dan lain-lain.

Anda perlu menyediakan sebuah kad paparan dengan infomasi yang memiliki kata kunci tentang kumpulan yang akan digunakan di KLIA pada waktu “jumpa dan salam”atau, sebuah banner yang dibuat sebagai tanda ketibaan istimewa. Anda perlu tiba sekurang-kurangnya 45 minit lebih awal dari waktu ketibaan kumpulan pelancong. Jangan tiba lewat ke KLIA kerana kadang kala kumpulan itu mungkin tiba lebih awal sebelum dari masa yang dijadualkan. Dalam ketibaan pendaratan, anda perlu menanti di balai ketibaan antarabangsa untuk menyambut ketibaan kumpulan pelancong dan jangan malu untuk mengangkat kad paparan maklumat kumpulan anda.

Dengan segera, bila pelancong keluar dari balai ketibaan, sebagai pemandu pelancong, anda perlu cuba untuk mengenali dan melakukan langkah pertama dari hanya menanti untuk ketua kumpulan mencari anda. Mulakan dengan menegur dengan cara ramah dan mesra, senyuman yang menghangatkan dan ucapan salam ketibaan  sangat penting dalam tugas memudahkan tugas professional anda sebagai pemandu pelancong.

Pada waktu mengucapkan selamat datang, anda perlu memastikan dengan ketua kumpulan, jumlah peserta dan pastikan pelancong semuanya berkumpul sebelum memasuki bas. Pastikan semua barangan milik pelancong berada didalam ruang menyimpan barangan kumpulan, lakukan pengiraan jumlah setiap kepala sebelum bas mula bergerak.

Didalam bas, sebagai pemandu pelancong anda perlu memperkenalkan diri anda dan juga menyapa pelancong anda dengan ucapan “Selamat Datang Ke Malaysia”seolah-olah anda belum menyambut dan menyapa mereka sebelum ini. Nyatakan pengenalan tentang keindahan Negara anda, nyatakan perkara yang perlu dilakukan dan tidak boleh dilakukan sepanjang perjalanan, berikan infomasi penting yang menyeluruh dan terangkan dengan jelas tentang intenari perjalanan kepada pelancong.

Seorang pemandu pelancong perlu tertib, sopan, mesra, rajin dan ikhlas untuk mengekalkan imej tugas dan Negara Malaysia.

Sabtu, 19 November 2011

Contoh Intenari Tour Guide


           BENTRISH  Travel and Tours Services (J-3242)
No7, Jalan Rimbun 8, 81750 Bandar Seri Alam, Johor Bahru, Johor.
Tel 07-3877566   hp 013-7711122  Email  fir_bentris@yahoo.com


LAWATAN SEK MEN KEB BANDAR SERI ALAM
 4H3M KE TEMPAT BERSEJARAH DI KUALA LUMPUR DAN SEKITARNYA

04/11/2011 JUMAAT Hari Pertama

DARI
KE
AKTIVITI
TEMPOH
CATITAN
0700

Bertolak dari SMK Bandar Seri Alam ke Kuala Lumpur.


0900
0930
Sarapan di R&R Machap
0 jam  30 min

1200
1400
Tiba di Kuala Lumpur, Makan tengahari dan Solat.
2 jam  00 min

1400
1730
Lawatan ke Merdeka Square (Dataran Merdeka)
Antara tempat lawatan sekitarnya:
Bangunan Sultan Abdul Samad , Pejabat Kerajaan, Muzium Tekstil Negara, Restoran Warisan, Kuala Lumpur City Gallery (KLCG), Perpustakaan Awam Kuala Lumpur, Victoria Fountain, Flag Pole, Royal Selangor Club, Malaysian Institute of Architech (PAM) & Wisma Ekran, The Cathederal of St. Mary, Panggung Bandaraya KL, Old Session & Megistrates Court, Former The High Court Building dan Masjid Jamek.
3 jam  30 min

1800

Daftar masuk di hotel, free & easy


1930
2000
Bergerak ke Shah Alam 
0 jam  30 min

2000
2100
Makan malam di Shah Alam
1 jam  00 min

2100
2230
 Lawatan ke I-City, Shah Alam. Sebuah bandar yang dipenuhi lampu dengan cahaya berwarna-warni di pokok-pokok ciptaan.
1 jam  00 min

2230

Balik ke hotel
      




   BENTRISH  Travel and Tours Services (J-3242)
No7, Jalan Rimbun 8, 81750 Bandar Seri Alam, Johor Bahru, Johor.
Tel 07-3877566   hp 013-7711122  Email  fir_bentris@yahoo.com


LAWATAN SEK MEN KEB BANDAR SERI ALAM
 4H3M KE TEMPAT BERSEJARAH DI KUALA LUMPUR DAN SEKITARNYA

05/11/2011 SABTU Hari Kedua

DARI
KE
AKTIVITI
TEMPOH
CATITAN
0700
0800
Bersarapan di hotel
1 jam 00 min

0800
1300
Lawatan ke China town. Antara tempat lawatan di sekitarnya: Guan Yin Temple, Old China Cafe’ & Antique Gallery, Sri Maha Mariamman Temple, Jalan Petaling Shophouses No.9-21, Jalan Hang Kasturi Shophouses, Central Market, Lebuh Pasar Besar (Old Market Square), Lebuh Ampang (Little India), Bank Bumiputra Building, Old Gian Singh Building,

5 jam  00 min

1300
1400
Makan tengahari, rehat dan solat dikawasan Masjid India.


1400
1630
KL Tower & Bukit Nenas Forest Reserve, MATIC-Malaysia Tourisme Centre & Jalan Ampang, Istana Negara.
2 jam  30 min

1630
1830
Balik ke hotel dan berehat
2 jam  00 min

2000
2230
 Makan malam dan lawatan ke Bukit Bintang-Pusat kepada segitiga emas KL, dipenuhi pusat membeli belah dan hiburan. Antara tempat menarik: Plaza Low Yat.
2 jam  30 min

2230

Balik ke hotel
      





 BENTRISH  Travel and Tours Services (J-3242)
No7, Jalan Rimbun 8, 81750 Bandar Seri Alam, Johor Bahru, Johor.
Tel 07-3877566   hp 013-7711122  Email  fir_bentris@yahoo.com


LAWATAN SEK MEN KEB BANDAR SERI ALAM
 4H3M KE TEMPAT BERSEJARAH DI KUALA LUMPUR DAN SEKITARNYA

06/11/2011 AHAD Hari Ketiga
DARI
KE
AKTIVITI
TEMPOH
CATITAN
0700
0800
Bersarapan di hotel
1 jam 00 min

0800
1300
Lawatan ke Botanical Garden (Lake Garden)-Park & museums. Antara tempat lawatan disekitarnya: National Monument (Tugu Negara), Orchid & Hibiscus Garden dan Bird Park.

5 jam  00 min

1300
1400
Makan tengahari, rehat dan solat dikawasan Masjid Negara.
1 jam 00 min

1400
1630
Masjid Negara, Islamic Museum, KL Railway Station & KTMB (HQ), Muzium Negara.
2 jam  30 min

1630
1830
Lawatan ke Menara Berkembar Petronas dan KLCC Park.
2 jam  00 min

1830

 Balik ke hotel dan berehat




Malam-Free & Easy..
      



 BENTRISH  Travel and Tours Services (J-3242)
No7, Jalan Rimbun 8, 81750 Bandar Seri Alam, Johor Bahru, Johor.
Tel 07-3877566   hp 013-7711122  Email  fir_bentris@yahoo.com


LAWATAN SEK MEN KEB BANDAR SERI ALAM
 4H3M KE TEMPAT BERSEJARAH DI KUALA LUMPUR DAN SEKITARNYA

07/11/2011 ISNIN Hari Keempat
DARI
KE
AKTIVITI
TEMPOH
CATITAN
0800
0930
Daftar Keluar hotel dan bersarapan
1 jam 30 min

0930
1130
Melawat Universiti Malaya- Merupakan Universiti tertua milik Malaysia. Merupakan Universiti terulung negara dengan pencapaian dan anugerah-anugerah diperingkat global. Sesuai untuk memupuk minat pelajar dalam pembangunan identiti pendidikan.

2 jam  00 min

1130
1700
Bergerak pulang ke JB. Berhenti rehat di RnR Jejantas Melaka untuk rehat, makan tengahari dan solat.
5 jam 30 min

1700

Tiba di SMK Bandar Seri Alam