Untuk menjadi seorang pemandu pelancong, anda mesti tahu
bagaimana untuk menyapa dan menegur pelancong anda. Anda perlu mempelajari dari
sekarang bagaimana untuk melayan dan mendapatkan perhatian serta penghormatan
dari mereka. Anda adalah barisan hadapan bagi Negara,maka anda sepatut
memberikan taggapan yang baik bagi mereka. Sekali anda melakukan kesilapan dan
mengecewakan mereka, maka anda akan menghadapi kesulitan sepanjang perjalanan
anda. Jadi ingat tanggapan pertama akan berkekalan! Dibawahterdapat beberapa
langkah-langkah yang perlu diikuti;
Menyambut pelancong adalah satu tugas yang penting, yang
mana semua kedatangan pelancong ke Malaysia perlu disambut dengan salam yang
mesra dan penghormatan yang sewajarnya. Sebelum pelancong tiba ke KLIA, sebagai
seorang pemandu pelancong anda mesti memiliki, mempelajari dan memaklumi semua
informasi yang berkaitan dengan pelancong yang bakal tiba seperti saiz
kumpulan, itenari perjalanan, senarai nama ahli kumpulan, nama hotel
penginapan, siapa ketua kumpulan dan lain-lain.
Anda perlu menyediakan sebuah kad paparan dengan infomasi
yang memiliki kata kunci tentang kumpulan yang akan digunakan di KLIA pada
waktu “jumpa dan salam”atau, sebuah banner yang dibuat sebagai tanda ketibaan
istimewa. Anda perlu tiba sekurang-kurangnya 45 minit lebih awal dari waktu
ketibaan kumpulan pelancong. Jangan tiba lewat ke KLIA kerana kadang kala
kumpulan itu mungkin tiba lebih awal sebelum dari masa yang dijadualkan. Dalam
ketibaan pendaratan, anda perlu menanti di balai ketibaan antarabangsa untuk
menyambut ketibaan kumpulan pelancong dan jangan malu untuk mengangkat kad
paparan maklumat kumpulan anda.
Dengan segera, bila pelancong keluar dari balai ketibaan,
sebagai pemandu pelancong, anda perlu cuba untuk mengenali dan melakukan
langkah pertama dari hanya menanti untuk ketua kumpulan mencari anda. Mulakan
dengan menegur dengan cara ramah dan mesra, senyuman yang menghangatkan dan
ucapan salam ketibaan sangat penting
dalam tugas memudahkan tugas professional anda sebagai pemandu pelancong.
Pada waktu mengucapkan selamat datang, anda perlu memastikan
dengan ketua kumpulan, jumlah peserta dan pastikan pelancong semuanya berkumpul
sebelum memasuki bas. Pastikan semua barangan milik pelancong berada didalam
ruang menyimpan barangan kumpulan, lakukan pengiraan jumlah setiap kepala
sebelum bas mula bergerak.
Didalam bas, sebagai pemandu pelancong anda perlu
memperkenalkan diri anda dan juga menyapa pelancong anda dengan ucapan “Selamat
Datang Ke Malaysia”seolah-olah anda belum menyambut dan menyapa mereka sebelum
ini. Nyatakan pengenalan tentang keindahan Negara anda, nyatakan perkara yang
perlu dilakukan dan tidak boleh dilakukan sepanjang perjalanan, berikan
infomasi penting yang menyeluruh dan terangkan dengan jelas tentang intenari
perjalanan kepada pelancong.
Seorang pemandu pelancong perlu tertib, sopan, mesra, rajin
dan ikhlas untuk mengekalkan imej tugas dan Negara Malaysia.